Kuala Kubu Bharu disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco bawah kategori Garden City Heritage. Pekan ini dibina pada 1928 selepas banjir memusnahkan daerah lama Hulu Selangor.
Kuala Kubu Bharu kaya dengan aktiviti ekopelancongan seperti mendaki di Bukit Kutu, menempuhi air terjun Chilling, water tubing dan menunggang basikal gunung.
Acara sukan tahunan sering diadakan setiap tahun di sini seperti paragliding, pertandingan basikal gunung dan arung jeram (white water rafting).
Pekan itu juga terkenal dengan seni dan warisannya dengan penemuan mural yang memberikan suasana moden menerusi kisah yang berusia berdekad-dekad lalu.
Menekankan sejarah dan warisan pekan ini, lorong seni direplikasi dengan kisah masyarakat Orang Asli, Legenda Buaya Putih dan gastronomi tempatan yang unik.
Eko-pelancongan dan Alam Semulajadi.
Bukit Kutu adalah sebuah bukit bersejarah dengan laluan mendaki sepanjang 6.5km yang mencabar dan membawa anda melalui pelbagai bentuk muka bumi, serta hutan tebal dan lintasan sungai. Secara purata, pejalan kaki mengambil masa sekitar dua ke tiga jam untuk melengkapkan pendakian ke puncak setinggi 1053 meter.
Salah satu keunikan Bukit Kutu ialah kehadiran runtuhan zaman penjajah. Runtuhan ini peninggalan stesen bukit kolonial British dan menawarkan gambaran sekilas masa lalu Selangor. Puncak Bukit Kutu berfungsi sebagai tempat pemerhatian.
Dari sini, anda boleh menikmati pemandangan bukit, hutan dan lembah di sekitarnya. Kepada semua pendaki yang merancang untuk mendaki Bukit Kutu, sila dapatkan permit dari Pejabat Hutan Daerah.
Terletak berhampiran Kuala Kubu Bharu, Bukit Batu Pahat ialah tempat mendaki yang popular di Hulu Selangor yang tidak memerlukan permit atau bayaran. Terletak 426 meter dari paras laut, secara purata ia mengambil masa antara satu hingga dua jam untuk ke puncak.
Bukan sahaja tempat mendaki ini disukai ramai, tetapi ia juga tempat berlepas untuk paraglider. Mereka yang berminat untuk paraglide dari Bukit Batu Pahat boleh membuat tempahan melalui Taman Paragliding KKB
Alami pengalaman mengembara yang menyeronokkan di Sungai Selangor dengan mencuba aktiviti arung jeram. Sungai ini mempunyai gred deras dua hingga empat. Pengunjung juga akan disediakan
pakej minuman dan makan tengah hari di sungai.
Jangan ketinggalan untuk melawati sungai ini dan kongsi keseronokan anda dengan keluarga dan rakan-rakan di tempat pengembaraan pelancongan yang menyeronokkan