Trackers Marketplace

Bahasa Malaysia

Sila fahami perkara ini apabila anda menjadi penjual (seller) di 'marketplace' trackers app

SOP marketplace trackers app -

Sekiranya anda berminat untuk menjadi penjual 'seller'di marketplace trackers app anda perlu menaiktaraf menjadi 'membership 'terlebih dahulu dan mengisi maklumat di profail anda dengan lengkap, produk anda akan di analisis terlebih dahulu sebelum di beri pengesahan (approval) untuk dipaparkan dan untuk mendapatkan pengesahan penjual (seller) pula , anda akan diminta untuk  memuatnaik dokumen bagi individu samada lesen memandu/ kad pengenalan dan bagi syarikat ialah SSM -Enterprise (borang D) dan SDN/BHD (borang 9) anda perlu memuatnaik dokumen apabila diminta bebruat demikian, dengan menekan butang 'Get Verification'di profail anda (bagi yang menjadi 'seller')

Cas Perkhidmatan dan Transaksi

Cas perkhidmatan pemprosesan pembayaran bagi setiap transaksi jualan yang dikenakan kepada penjual (seller) , bagi setiap transaksi menggunakan pemprosessan pembayaran FPX ketika pembelian ialah RM2.50,

Rujukan : https://stripe.com/en-my/pricing

Manakala cas perkhidmatan pemprosesan data, ínvoice, billing, order form, inventory dan simpanan data ialah 5%,

Oleh hal yang demikian bagi penjual (seller) bagi setiap item jualan harus dimasukkan cas - pemprosesan bayaran dan cas perkhidmatan aplikasi seperti diatas,

Contoh produk/item : RM10 (produk) + RM2.50 (FPX) + 5% (Trackers App) = RM 13.20 (Jumlah jualan)

Harga jualan barangan/produk yang di jual di 'marketplace' Trackers App disarankan minimum ialah RM20.00 dan keatas

Perihal jualan barang/produk fizikal di 'marketplace' trackers app di ketagorikan seperti berikut ;

1) Fishing Gear

2) GPS Fish Finder

3) Apparels

4) Climbing

5) Water Sport

6) Binoculars

7) Boat Accessories

8) Camping

9) Adventure Tshirt

10) Outdoor Sun Glasses

11) Digital Book & Publication

 

*Notis : Kami tidak membenarkan anda menjual barangan/ produk fizikal selain dari kategori diatas dan sekiranya kami mendapati barangan/produk jualan tidak menepati kreteria yang dibenarkan, kemungkinan barangan/produk anda tidak mendapat pengesahan

Bagi penjualan bahan bacaan Ebook format yang dibenarkan ialah  *.docx, *.pptx,*. txt, *.pdf dan bagi jualan digital imej fotografi berformat Raster ialah *.jpg, *.png, *.pdf dengan saiz resolusi 1920 x 1080px x 92dpi atau sehingga 3000px manakala  format  Vector ialah *.eps dan *.ai saiz yang dibenarkan ialah bersaiz 21.0 x 29.7cm, 8.27 x 11.69 inches atau bersaiz A3 dengan resolusi100dpi atau 300dpi sahaja

Pembayaran balik penjualan kepada penjual ('seller') ialah selepas  20 hari bekerja, bagi setiap penjual ('seller') yang mana pembayaran dibuat bagi tempoh jualan selama 14 hari ,  manakala baki selepas itu akan dibawa kepada 14 hari kehadapan, segala transaksi di bayar oleh syarikat TRACKERS GEAR RESOURCES

Lihat simpanan rekod jualan, tempahan dan pembayaran melalui 'dashboard seller' anda

Cancellation - Sekiranya berlaku pembatalan dari pembeli maka tiada pembayaran balik kepada penjual 'seller' apabila  pembatalan dibuat oleh pembeli 'buyers' 

Refundable - Sekiranya terdapat permintaan bayar balik  'refundable' dari pembeli, yang mana barang belum diterima mengikut tarikh yang sepatutnya pembeli terima atau terdapat salah penghantaran, salah penerimaan, salah barang yang di tempah (order), barang rosak, barang tidak diakui dan lain-lain perkara yang menjejaskan penerimaan barang kepada pembeli  tersebut , oleh itu perkara ini akan disiasat dengan mengambil kira semua pemprosesan data dan akan diselesaikan dalam masa 14 hari bergantung kepada kerjasama kedua pihak, sila maklumkan dengan mengisi pertanyaan di çontact form' atau menghantar email kepada sales@trackers.my dan cc kepada trackersgear24@gmail.com

Sale of prohibited goods - Jualan barangan larangan,  kami tidak mengiktiraf dan melarang  jualan barang terlarang seperti minuman keras, dadah, barangan/bacaan lucah, senjata api, bunga api, bom ikan, ubat dewasa termasuk juga produk kesihatan, produk kecantikan dan lain-lain yang tiada mengena dengan senarai kategori yang ditetapkan di aplikasi trackers app

Sekiranya terdapat produk/ barangan yang dijual seperti diatas  dan  melanggar terma dan syarat kami perihal penjualan produk yang dibenarkan hanya mengikut kategori yang telah kami sediakan, walaupun anda sudah menjadi membership, maka tiada gantirugi dan liabiliti akan dibayar kepada penjual yang menjual di 'markeplace' trackers app dan akaun 'seller'anda akan ditutup buat sementara waktu

Complaint - Terdapat aduan daripada pembeli mengenai produk jualan anda yang mana mengelirukan pengguna /pembeli, kami akan membekukan akaun 'seller'anda dan akan dibuka semula apabila tiada sebarang masaalah terhadapnya

Sekiranya anda tidak berminat dengan terma , syarat dan polisi yang ditetapkan oleh syarikat TRACKERS GEAR RESOURCES untuk membuka 'store' dan membuat jualan di 'marketplace' trackers app, sila jangan menggunakannya sebagai platform jualan produk anda

Untuk rujukan bagi penghantaran bayaran balik dan pembayaran semula sila ke https://trackers.my/pages/refund-and-return-policy

 

Sebarang perubahan berkenaan terma, syarat dan polisi berkaitan 'marketplace' trackers app akan dikemaskini di halaman ini, anda dinasihatkan supaya sentiasa menyemak halaman ini untuk kemaskini terbaru

(dikemaskini pada 1Mac2024)

 

 

Cookies on Trackers App | Hab Memancing & Pengembaraan Malaysia.
This site uses cookies to store your information on your computer.