How to edit Blog

Sebelum memulakan menulis Blog, seharusnya anda mempunyai dua 'devices' iaitu Desktop komputer dan Mobile/handphone, ini kerana setiap paparan di Blog adalah berbeda/berbeza;

responsive

Bagaimana menyunting/menulis Blog.

1. Klik pada simbol (+) di 'page blog' anda.

2. Isi tajuk dibahagian 'title'

3. Plih 'category' berkenaan blog anda

4. Terdapat 'editor' untuk anda gunakan iatu :

4.1 Heading ialah saiz perkataan yang kebiasaannya untuk tajuk, Heading 1 bermakna tulisan anda besar antara 20px

4.2 Inline ialah ialah eksesori samaada ingin 'bold, italic, underline , strikethrough dan sebagainya

blog editor

4.3 Align, untuk anda menguruskan teks atau perenggan samaada kiri, tengah,kanan

5. Bullet/ list, untuk menyusun teks dengan penanda seperti ,bullet, nombor, roman dan lain-lain

bullet

6. Indent (padding dan margin) digunakan untuk menjarakkan sesuatu seperti gambar, objek, video, dan lain-lain, dalam pemprogaman jarak diantara atas, bawah, kiri dan kanan adalah penting bagi memastikan ia tersusun dengan baik. Contoh anda ingin menulis senarai 'list' menggunkan bullet/nombor, oleh itu untuk menjarakkannya menggunakan indent , ia berfungsi seperti butang 'tab' di keyboard anda.  (anda boleh mendapatkan maklumat berkenaan 'indent' di internet

indent

7. Mengemaskini teks atau tulisan menggunakan editor teks

texs tool

7.1 ' A '  simbol ialah untuk mewarnai tulisan atau teks anda, simbol 'Pen/Marker' ialah untuk anda 'highlight' teks/ perkataan ,  simbol 'emoji' untuk simbol-simbol icon 👩‍⚕️

8. Membuat pautan, menghapuskan pautan, penggunaan Anchor, foto dan video.

anchor

8.1 Simbol kiri adalah 'Link' seperti 'rantai' yang mana anda ingin meletak pautan pada satu-satu  perkataan dan apabila ditekan ia akan membawa anda ke satu bahagian atau 'page' yang lain. Contoh ; tekan link untuk ke profail saya, untuk menhidupkan fungsinya ,anda perlu 'highlight' teks yang anda inginkan dan tekan simbol 'link'

link

8.2 Masukan URL/alamat website yang anda inginkan kedalam kotak 'URL' , masukan tajuk didalam kotak 'text to display ' ; contoh 'tekan ',  manakala kotak ' title ' ialah 'tag' iaitu apabila anda mendekatkan 'cursor' ke perkatan 'tekan' ia akan keluarkan teks yang anda tuliskan itu.

8.3 'Open link in' - 'current window' ialah ia akan menukar 'page' yang sedia ada kepada 'page' pautan 'link' tersebut, manakala 'new window' ialah ia kan membuka 'page' baharu dan 'page' yang sedia ada masih kekal

8.4 Simbol 'unlink' ialah anda tidak mahu teks itu mengandungi pautan atau anda ingin menghapuskan 'link' tersebut

9.  Simbol 'Anchor'  anchor , ia seperti 'link' juga, dimana anda boleh membuat pautan pada teks yang anda ingin pautan kepada perenggan yang lain. 

9.1 'Hightlight' perenggan/tajuk atau apa-apa samada artikel, photo dan lain-lain, tekan simbol 'Anchor, di kotak ID letakkan nama, contoh : ' Pautan01' dan tekan butang 'save', kemudian cari mana-mana 'tajuk, teks untuk anda pautan kepada teks, perenggan, tajuk yang anda telah 'highlight' dengan 'Anchor' dengan klik pada simbol 'LINK',masukan 'text to display' contoh 'klik disini' , (kotak 'title' tulis tajuk yang sama) klik pada kotak 'Anchor' dan pilih 'ID' yang anda tuliskan dalam kotak 'Anchor' iaitu 'Pautan01', pada 'Open Link In' pilih 'Current Window' dan tekan butang 'Save'

* Oleh itu  apabila user/pengguna tekan pada teks yang anda link kan itu , ia kan membawa kepada 'Anchor' yang telah anda tandakan.

10. Simbol 'Photo'  foto, adalah untuk menambah gambar/foto didalam blog anda, disini anda tidak memuatnaik gambar/foto tetapi melalui 'source' atau sumber, dimana anda hanya perlu 'copy' menyalin alamat web gambar/foto tersebut dan masukkan kedalam kota 'source' seperti berikut : 

*Tips, Anda ingin memuatnaik beberapa gambar sekali gus, Rujuk list/No. 13

source

10.1 'Source' ialah sumber gambar/foto yang anda inginkan dipaparkan pada blog anda;

10.2 'Copy' URL gambar yang anda inginkan di 'web browser' / ' copy' URL seperti didalam kotak berwarna merah dibawah;

Tips : Anda boleh 'copy'  URL gambar dari mana sumber seperti di FB, Insta, Pexel, Website atau anda boleh membuat 'Photo Alburm' di 'page' anda dengan memuatnaik gambar di 'Photo Alburm' muatnaik gambar ke dalam 'Photo Alburm' kemudain 'copy' URL gambar yang anda inginkan dan masukan kedalam kotak 'source' atau anda boleh memuatnaik gambar di laman website https://postimg.cc,

Tekan butang ' Choose Images' muatnaik gambar yang anda inginkan dari' desktop atau handphone' dan copy link dari ' DIRECT LINK' dan masukkan kedalam kotak 'source'

burung

10.3 Masukan URL yang telah 'copy' kedalam kotak 'source'  dan kemaskini 'Alternative description' contoh ' burung murai' seperti gambarajah dibawah dan tekan butang 'save' ;

Burung Murai

10.4 Untuk menyusun gambar/foto anda, samada kekiri, kekanan, tengah, sewajarnya, anda perlu mengguna 'Align' di teks editor (rujuk perenggan 4.3)

10.5 'Advanced' style image , sekiranya anda ingin menambah 'style' pada gambar/foto , klik pada 'Advanced' dan masukan angka di bahagian 'Vertical space', 'Horizontal space' , 'Border width' dan pilih corak di ' Border style' seperti gambarajah dibawah;

ikan

10.5.1 Gambar/foto anda akan kelihatan seperti dibawah;

ikan

10.5.1.1 Untuk membuat 'adjustment' klik  'cursor' dipenjuru gambar dan kemaskan

11. Memuatkan video kedalam blog anda

11.1 Tekan icon 'media' video

video source

11.2 Copy sumber samada dari 'YouTube' atau lain lain sumber;

Sekiranya anda ingin memasukan video 'youtube' tekan butang 'share' dan copy Url seperti gambarajah dibawah ;

video youtube

11.3 Masuk Url kedalam kotak 'video source' dan tekan butang 'save' seperti dibawah ;

Masuk saiz video 340 pada kotak 'Width' dan 190 di kotak 'Height'  dan tekan butang 'SAVE' seperti gambar dibawah ;

(bagi mengelakkan video anda terlalu besar apabila paparan di Mobile/ Handphone, anda mengikut saiz seperti diatas untuk 'FIXED' kan nya)

video youtube

11.3.1 Sekiranya anda ingin paparan secara AUTO 'Responsive' anda boleh cuba teknik seperti gambar dibawah ; 

video auto

* Masukan 100% pada kotak 'Width' dan 360 pada kotak 'Height', paparan pada desktop komputer lebar tetapi dengan 'border' hitam kiri dan kanan dan paparan pada mobile/handphone 'border' hitam atas dan bawah.

* Walaubagimanapun mengikut kesesuaian pilihan anda.

11.3.1.1 Video Youtube akan seperti ini di blog anda (apabila auto responsive 100% ;

11.4 Anda ingin memuatnaik video dari sumber lain dengan menggunakan ' Embed Video script' oleh anda perlu tekan pada ' Embed ' dan masukan 'script video' kedalam kotak embed;

embed code

11.5 Sekiranya andaingin memaut sumber yang bukan dari Youtube, Vimeo dan lain-lain, tekan 'Advanced' copy Url dari mana-mana sumber dan masukan kedalam ruang 'alternative source URL' dan muatnaik gambar poster video anda di 'Media poster (Image URL'

new alternative source

12. Untuk melihat 'page blog' anda sebelum anda 'publish/save' tekan simbol 'Mata', sekiranya anda menggunakan desktop komputer dan ingin ruang yang besar ketika menulis blog anda boleh  menekan icon 'enlarge'enlarge ,

untuk menggunakan script anda boleh menekan ikon <> (source code/script)

13. Sekiramya anda mempunyai banyak gambar untuk dimuatnaik di blog anda, tekan perkataan  'Upload photos into editor , (kotak merah) pilih beberapa gambar yang anda inginkan dari komputer anda atau handphone anda dan tekan 'Upload Queved Files' 

queved files

14. Muatnaik poster blog anda dengan menekan perkataan 'thumbnail' (kotak biru)

15. Isi 'Tag' sebagai feed/keyword bagi memudahkan pembaca mendapatkan maklumat blog anda dengan mudah dan pantas, letakkan koma (,) bagi setipa perkataan 'tag' anda atau jarakkan ; contoh :   pemancing, umpan udang, boat tunda, menjala, kisah seram

16. 'Privacy' anda ingin blog anda dibaca oleh semua orang atau kawan-kawan anda atau diri anda sahaja

17. Tekan butang 'save', 'cancel' atau 'delete' untuk menghapuskan blog anda

18. Untuk menyunting (edit) kembali blog anda , klik pada tiga (3) titik dikanan atas di 'blog page' anda

 

Semoga berjaya.

 

 

 

Comments
No login
gif
color_lens
Login or register to post your comment
Cookies on Trackers App | Hab Memancing & Pengembaraan Malaysia.
This site uses cookies to store your information on your computer.