Buy Insurance

Pembelian insuran ketika melakukan aktiviti luar.

Trackers Gear Resources menawarkan pembelian insuran untuk pelanggan ketika melakukan aktiviti luar, insuran boleh di beli secara individu atau berkumpulan. Pembelian insuran boleh di lakukan ketika anda mengisi borang pakej di mana-mana pengusaha di aplikasi trackers.my.

Jenis insurans yang sesuai untuk aktiviti luar seperti memancing atau mendaki ialah Insurans Kemalangan Diri Sukan (Sports Personal Accident / Sports PA) atau Insurans Pengembaraan/Aktiviti Lasak (Adventure/Outdoor Travel Insurance).


Jenis Insurans yang ditawarkan.

Sports PA (Insurans Kemalangan Diri Sukan): Melindungi kecederaan diri, kos perubatan, kecacatan kekal, atau kematian akibat kemalangan semasa bersukan atau aktiviti lasak.

Insurans Pengembaraan (Travel / Adventure Insurance): Menawarkan perlindungan tambahan (add-on) untuk aktiviti luar, sukan lasak, atau kerosakan/kehilangan peralatan sukan.

Skop Perlindungan Utama yang perlu ada ketika anda melakukan aktiviti luar/lasak.
  • Kos Perubatan: Rawatan kecederaan, luka, atau patah tulang di klinik atau hospital.
  • Operasi Mencari dan Menyelamat (Search and Rescue - SAR): Kos yang terlibat jika anda tersesat di hutan, gunung, atau laut (bergantung pada terma polisi).
  • Pemindahan Kecemasan: Kos evakuasi atau penghantaran ke hospital terdekat jika berlaku kecederaan parah di kawasan pedalaman.
  • Kerosakan atau Kehilangan Peralatan: Perlindungan untuk rod pancing, kayak atau gear mendaki.
  • Kematian atau Hilang Upaya Kekal: Pampasan kewangan kepada waris jika berlaku musibah besar.

Siapa boleh boleh memohon.

  1. Individu
  2. Kumpulan
  3. Persatuan/kelab
  4. Pelancong
  5. Peralatan aktiviti luar

Pelindungan insuran hanya ketika pelanggan mengikuti trip yang di langgan di aplikasi trackers.my. Selepas trip tamat, pelindungan insuran itu tidak lagi aktif. Tiada pembayaran semula (refundable) selepas membeli insuran dan trip aktiviti tamat.

Pelindungan insuran hanya boleh di beli di aplikasi trackers.my dan tawaran perlindungan boleh di rujuk di sini, sekiranya pelanggan memilih membeli insuran di luar dan yang bukan berdaftar di aplikasi trackers.my, pihak Trackers Gear Resources tidak bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan, tuntutan dan perlindungan dari pelanggan itu.

Jadual pembelian insuran.

Insuran Hari Harga RM Pelindungan
Individu 1 - 5 18.00 Kecederaan
Kumpulan 1 - 5  35.00 Kecederaan
  1 - 5 100.00 Peralatan

Apa yang tidak di lindungi walaupun pelanggan telah pun membeli insuran.

  1. Tiada permit/ perjalanan memasuki kawasan yang sah.
  2. Melakukan aktiviti luar dalam keadaan mabuk, mengambil dadah, melanggar aturan SOP yang telah di tetapkan pada satu satu trip dan tempat.
  3. Melakukan juga aktiviti walaupun telah di beri amaran bencana seperti ribut, hujan lebat, banjir, tanah runtuh, ombak besar dan sebagainya.
  4. Melakukan aktiviti luar secara tidak sah dan secara haram.
  5. Tidak memaklumkan mengidapi penyakit sedia ada yang boleh mengakibatkan kecederaan dan kemalangan.

Perlindungan 'Coverage'.

  1. Evakuasi kecederaan RM2,000–RM7,000
  2. SAR kehilangan peserta RM3,000 - RM15,000
  3. Rawatan hospital RM3,000 - RM10,000
  4. Kehilangan peralatan ketika trip RM2,000 - RM5,000
  5. Kematian * akan di kemaskini.

Sebelum membeli insuran pelanggan harus memahami pelan perlindungan dan terma syarat-syarat yang telah ditetapkan.

 

 

 

 

 

 

 

Comments
No login
gif
color_lens
Login or register to post your comment
Cookies on Trackers App | Hab Memancing, Pengembaraan & Pelancongan Malaysia.
This site uses cookies to store your information on your computer.