Memancing ikan siakap adalah salah satu spesis yang menjadi idaman kaki pancing lebih-lebih lagi untuk peminat casting. Setiap kali musim siakap kembali pasti ramai pemancing berpusu-pusu menuju lokasi kesukaan mereka. Siakap mempunyai satu perangai iaitu kembali ke tempat yang biasa ditujunya sebelum ini untuk dua sebab utama iaitu makanan dan membiak.
Habitat & Diet
Biasanya saya suka cast dekat-dekat dengan reba tmpt yang banyak anak-anak ikan atau area air keluar masuk sebab siakap cukup suka mengendap mangsa yang leka atau yang terhuyung-hayang kena arus air. Apa yang saya perasan (pengalaman sikit yang ada) kebiasaannya siakap tak suka dok area dalam-dalam sangat (kat tmpt yang biasa saya main la) tapi suka dok area-area arus yang tenang dan tak duduk dalam reba sebab itu bukan habitat dan kebiasaannya. Dia suka merayap sekitar reba menunggu mangsanya. Jadi kawasan-kawasan yang ada reba seperti kayu-kayu besar dan banyak boleh dijadikan sebagai area untuk dijadikan sebagai kawasan target.
Habitat & Diet Biasanya saya suka cast dekat-dekat dengan reba tmpt yang banyak anak-anak ikan atau area air keluar masuk sebab siakap cukup suka mengendap mangsa yang leka atau yang terhuyung-hayang kena arus air. Apa yang saya perasan (pengalaman sikit yang ada) kebiasaannya siakap tak suka dok area dalam-dalam sangat (kat tmpt yang biasa saya main la) tapi suka dok area-area arus yang tenang dan tak duduk dalam reba sebab itu bukan habitat dan kebiasaannya. Dia suka merayap sekitar reba menunggu mangsanya. Jadi kawasan-kawasan yang ada reba seperti kayu-kayu besar dan banyak boleh dijadikan sebagai area untuk dijadikan sebagai kawasan target.