LOMBONG CHERAS 

                                                                                                       ITU CERITA PAK ABU....
 
 
EPISODE 1 : PENGENALAN
 
 
Pak Abu ( 65 tahun ) merupakan seorang veteran dikalangan kaki pancing yang
mengenalinya.Sejak 1980 an lagi namanya sering disebut - sebut di kampung Sri Damai,Cheras.
Seorang kaki pancing yang tegar,hantu lombong gelarannya kerana setiap hari dan masanya
hanya dihabiskan di lombong atau sungai sungai untuk mengail ikan,menjala dan memasang tajo.
Kini saki baki umurnya dihabiskan dengan berehat dan lebih banyak dihabiskan dengan ke Masjid.
Jauh didalam lubuk hatinya masih menaruh minat untuk terus memancing dan mengail,namun 
mungkin faktor usia Pak Abu tidak dapat meneruskan minatnya itu.Sekali sekala turun juga untuk
mengail melepaskan gian.
Pak Abu menyimpan 1001 macam cerita misteri mengenai penglibatannya sepanjang 
hampir 30 tahun berkecimpung didalam dunia pancingnya.Bermacam macam pengalaman dilalui
sendiri oleh Pak Abu.Berhadapan dengan dugaan yang penuh misteri,bersama sahabat dan rakan
pancing yang lain sehingga kini ia meninggalkan memori yang sangat berharga untuk dikongsi
bersama generasi muda masa kini,yang semestinya pengalaman itu tidak mungkin dapat 
dikembalikan semula,melainkan didalam “ ITU CERITA PAK ABU ”............
 
 
 
 
LOMBONG CHERAS - Itu Cerita Pak Abu adalah sebuah naskah berkonsepkan ‘Doku Drama’.
Pak Abu sebagai karakter utama didalam kisah ini adalah seorang lelaki berusia lingkuangan 60 an yang merupakan seorang pemancing tegar suatu ketika dahulunya banyak menyimpan pelbagai kisah-kisah dan pengalaman yang begitu menarik sekali untuk dikongsi bersama.
 
Kini semuanya hanya tinggal kenangan bagi dirinya.Pelbagai kisah serta suka dukanya sewaktu dahulu disimpanrapi didalam mindanya....
 
Hinggalah pada suatu hari Johan dan rakan-rakannya kebetulan terpaksa menumpang
berteduh dibangsal milik Pak Abu kerana hujan lebat.Mereka berempat ingin pergi mengail ikan.
Pak Abu menjemput mereka naik ke rumah,sementara isterinya Mak Yah menyiapkan sedikit minuman.Johan dan rakan yang sedia maklum siapa Pak Abu,orang lama di penempatan mereka dan memang jaguh pancing suatu masa dahulu.
 
Karektor Pak Abu sedikit misteri,maklumlah orang ‘lama’,gayanya serta tuturbahasa yang dilontarkan penuh maksud tersirat.Namun begitu dia masih begitu teliti didalam setiap apa yang dilakukannya.
 
Dari situ,Johan dan rakan-rakanya mula berani membuka mulut untuk menanyakan tentang perihal serta pengalaman Pak Abu suatu masa dahulu.Mereka tahu orang kampung dahulu selalu menceritakan tentang Pak Abu yang sememangnya seorang yang berani,memancing di tengah malam seorang diri !
 
Pak Abu mula tersenyum,melayan karenah anak muda masa kini.Pastinya tiada lagi pengalaman yang sebegitu hebat dapat dilalui sebagaimana dilalui oleh Pak Abu mahupun mereka yang hidup pada zamannya.Pak Abu pada mulanya enggan bercerita, namun didesak nakal oleh Johan dan rakan-rakannya.Pak Abu mengalah.
 
Didalam episod pertama ini Pak Abu menceritakan pengalaman seramnya sewaktu memancing di sebuah lombong di Cheras Baru.Suatu ketika dahulunya merupakan sebuah lombong biji timah dizaman 60an.Kini Lombong itu sudah tiada  lagi kerana digantikan dengan pembangunan yang pesat dan menjadi sebuah laluan utama iaitu MMR2 yang menghubungkan  daerah Cheras dan Ampang.
 
Kisah Seram Pak Abu itu bertajuk ‘ Dua Beradik di Dalam Jala ’..................dan Pak Abu pun memulakan ceritanya. ...
 
Johan,Amat,Lan dan Busu pun hanyut didalam fantasi jalan cerita yang menyeramkan itu...
 
 
bersambung.......😬
Comments (0)
No login
gif
color_lens
Login or register to post your comment
Cookies on Trackers App | Hab Memancing & Pengembaraan Malaysia.
This site uses cookies to store your information on your computer.