Ampang,Selangor
Kampung Sri Damai / 25 julai 1987
9:30 pagi / Khamis
flashback scene...
Kampung Sri Damai / 25 julai 1987
9:30 pagi / Khamis
flashback scene...
Establish Charector Pak Abu
Pak Abu memang seorang ‘legend’ bagi sesiapa yang mengenali beliau.Rokok daun yang tidak penah
lekang dari bibirnya bagaikan menjadi trademark untuk dirinya,sekali sekala menghisap rokok suria tidak
ubah seperti karektor seorang pawang indonesia.Pak Abu suka memakai baju kemeja lengan panjang
dan berseluar bellbottom,dengan joran ditangan,jala tersangkut kemas dibahu,bag sandang kecil dipinggang
dan parang tergantung rapi dicelah tali pinggangnya beliau berjalan seorang diri menuju ke destinasi
biasanya,Lombong Cheras.

Pak Abu itu sendiri bagaikan misteri bagi kebanyakan orang yang tidak berapa mengenali beliau.
Dia keluar memancing ketika orang lain ingin pulang,dan dia pulang ketika hari hampir subuh.Pernah
beberapa orang kaki pancing terserempak dengan beliau ketika ingin pulang walaupun ketika
itu hampir tengah malam,Pak Abu baru sahaja tiba.

Kisah ‘ Dua Beradik di Dalam Jala ’ adalah kisah mengenai pengalaman Pak Abu berhadapan dengan gangguan penunggu Lombong.Kejadian yang berlaku pada sekitar tahun 1987 itu masih segar didalam ingatan Pak Abu.Pak Abu mendengus panjang, memandang sekeliling... sambil tangannya menggulung helaian rokok daun..
Kata Pak Abu...sebelum dia dapat menjala kedua beradik itu,beberapa hari sebelum kejadian itu Pak Abu telah pun beberapa kali dikunjungi lembaga tersebut yang cuba menggangunya.
Pada suatu malam Pak Abu diuji dengan tangkapan yang banyak, dia menjala dengan asyik sekali sehinggalah berlaku kejadian yang menyeramkan itu.......(Pak Abu memulakan ceritanya sambil Mak Yah menyajikan kopi).....
Pak Abu mempelawa Johan dan sahabat yang lain untuk minum kopi panas yang disediakan Mak yah.
Tengah- tengah hujan memang kena la dengan kopi ni, kata Pak Abu sambil tersengih.Johan terus mencapai gelas kopi dikuti sahabatnya yang lain.
Pak Abu kembali menyambung ceritanya.....
Suasana petang itu agak dingin.Sayup sayup kelihatan dari kejauhan seorang lelaki sedang asyik menyauk udang sementara dua lelaki lagi asyik dengan joran masing-masing.Pak Abu tiba dan menyapa mereka namun hanya isyarat tangan yang dibalas.Pak Abu mengangguk paham lalu beredar sambil menyedut rokok surianya sambil tersenyum.
‘Port’ biasa Pak Abu, jauh dari pandangan orang.Penuh dengan pokok pokok kiambang yang tumbuh meliar dan juga tumbuhan menjalar.Memang agak menyeramkan bagi sesiapa yang lalu disitu.
Namun bagi Pak Abu ianya lebih selesa dan bebas dari gangguan sesiapa.
Sesampainya disitu Pak Abu berdiri tegak sambil mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu,doa pendinding pemberian orang tuanya.Maklumlah disitu penghuninya ramai dan tak terlihat.Harus berjaga-jaga.
Kebiasaanya Pak Abu akan memasang dua tiga tajo dahulu,kemudian barulah mula memancing ataupun menjala.Namun suasana hari yang dingin itu mengundang keresahan sedikit pada hatinya.Ekor mata Pak Abu seakan dapat menangkap sesuatu dibalik semak rimbunan yang lebat tumbuh
tidak jauh darinya.Ada sesuatu yang sedang memerhatikan Pak Abu...
tidak jauh darinya.Ada sesuatu yang sedang memerhatikan Pak Abu...
Mungkin hanyalah khayalan sahaja,Pak Abu cuba menenangkan hatinya..atau mungkin biawak liar agaknya...
bersambung....