450_3d6a5c4733b192d32cd8a16aff55dcda.png


Pemandangan Indah Landskap Tasik Timah Tasoh

Empangan Timah Tasoh terletak 17KM ke utara Bandar Kangar, Mukim Beseri. Empangan Timah Tasoh mendapat nama daripada pertemuan dua batang sungai utama yang melalui kawasan ini pada suatu masa dahulu iaitu Sungai Timah dan Sungai Tasoh. Projek pembinaan Empangan Timah Tasoh bermula pada 1987 dan siap sepenuhnya pada tahun 1992. Benteng utama Empangan Timah Tasoh diperbuat daripada tanah sepanjang 3.5km. Keluasan kawasan takungan adalah 13.3 km2 dan dapat menampung takungan sebanyak 40MCM, pada aras takungan biasa RL29.1m. Daripada jumlah takungan tersebut hanya 33.3MCM sahaja dapat digunakan selebihnya adalah takungan mati. Fungsi Empangan Timah Tasoh adalah untuk menyediakan punca bekalan air minuman untuk bekalan domestik (75,000 m3/hari). Selain itu, ia untuk mewujudkan satu sistem bekalan air pertanian untuk kawasan seluas 3,075 hektar. (55 juta m3/tahun) dan untuk mengawal kejadian banjir pada musim hujan. Panorama indah boleh dinikmati di tasik ini.

450_61fae4f703b7d60e99f8c2f6e65504f2.png

 

PERLIS GEOPARK

450_1ea2a1b39d11ee092b2803676d8b6424.jpeg

Pemandangan Indah Wang Kelian

 

Titik Pemandangan Indah Wang Kelian ini terletak di atas bukit yang mengadap arah timur, iaitu kawasan dataran rendah di tengah negeri Perlis. Titik pandang (view point) ini terdiri daripada jujukan batuan klastik Formasi Kubang Pasu. Daripada tapak ini pemgunjung boleh melihat hampir keseluruhan unit batuan utama yang ada di Perlis Geopark, iaitu jujukan paling tua Formasi Setul, Formasi Kubang Pasu, Formasi Chuping, Lapisan Arang dan alluvium resen. Empangan Timah Tasoh jelas kelihatan dari sini. Di bahagian kanan tasik terdapat banjaran bukit yang terdiri daripada batu kapur Formasi Setul (berusia Silur-Devon).

Perbukitan terasing yang terdapat di sebelah barat tasik empangan Timah Tasoh itu merupakan batu kapur daripada Formasi Chuping yang berusia Perm-Trias. Kawasan perbukitan rendah beralun yang terletak diantara Formasi Setul dengan Formasi Chuping pula merupakan kawasan Formasi Kubang Pasu (termasuklah tempat view point ini). Titik Pemandangan Indah Wang Kelian ini mempunyai pemandangan yang sangat indah, terutamanya pada masa pagi di waktu matahari mula menyinar. Titik pandang ini dikelaskan bertaraf global kerana panorama yang ada yang sangat menawan dan estetik.

 
Comments (0)
No login
gif
color_lens
Login or register to post your comment
Cookies on Trackers App | Hab Memancing & Pengembaraan Malaysia.
This site uses cookies to store your information on your computer.