Information

Privacy:
Public
Time:
24 February 2024 07:30 AM - 24 February 2024 12:40 PM ((GMT+08:00) Kuala Lumpur)
Location:
Sisiran Tasik Presint 4
Address:
Jalan Alamanda 2, Presint 16, Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Putrajaya, 62000 , Malaysia (View Map)
Category:
Created by:
Info:
PERTANDINGAN MEMANCING PUTRAJAYA SEMPENA SAMBUTAN HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 2024 DI SISIRAN TASIK PRESINT 4, PUTRAJAYA
 
Perbadanan Putrajaya akan menganjurkan Pertandingan Memancing Putrajaya sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2024 pada 24 Februari 2024 (Sabtu).
Hadiah wang tunai disediakan kepada pemenang tempat pertama hingga tempat ke-100. Selain daripada itu, sebanyak 60 cabutan bertuah barangan peralatan/ perkakasan memancing serta 3 hadiah bonanza (1  unit Motosikal Modenas Kriss dan 2 unit TV LCD/LED 50”) disediakan.
 
Sebanyak 1000 t-shirt juga akan diberikan kepada peserta berdasarkan konsep ‘siapa cepat dia dapat’. 1000 penyertaan yang membuat pembayaran terawal berpeluang memiliki t-shirt eksklusif memancing ini.  Penyertaan dikira setelah peserta mendaftar dan membayar samada secara datang sendiri ke kaunter ataupun pembayaran dibuat secara atas talian.
Pembahagian sama rata iaitu 500 unit bagi pembayaran secara tunai di kaunter.dan 500 unit diperuntukkan kepada kepada peserta pertama yang membayar secara atas talian (online). Kemudahan pembayaran secara atas talian (online) disediakan untuk memberi peluang kepada kaki pancing yang berada jauh dari Putrajaya untuk turut serta. 

TARIKH DAN MASA PERTANDINGAN
Tarikh Pertandingan Memancing adalah pada 24 Februari 2024 iaitu pada hari Sabtu. Masa pertandingan ditetapkan pada jam 7:30 pagi hingga 12:00 tengahhari sahaja.
 

PENYERTAAN, PENDAFTARAN DAN PENGESAHAN PENDAFTARAN

Penyertaan adalah terbuka kepada orang ramai. Penduduk Putrajaya dialu-alukan menyertai pertandingan ini sebagai salah satu aktiviti riadah. 1,000 penyertaan terawal akan mendapat t-shirt percuma (500unit pendaftaran melalui secara atas talian (online) dan manakala 500unit lagi pendaftaran melalui kaunter). Peserta layak mendapat lebih dari sehelai t-shirt (tertakluk kepada bilangan penyertaan).

Penyertaan dikira selepas bayaran dibuat oleh peserta.

Peserta perlu memberikan nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon. Bagi bukan warganegara hendaklah memberikan nombor passport.

Pendaftaran untuk menyertai pertandingan boleh dibuat di lokasi berikut:
Pusat Khidmat Pelanggan di Kompleks Perbadanan Putrajaya bermula pada
15 Februari 2024 – 24 Februari 2024.

 

Pendaftaran secara atas talian (online) di laman sesawang www.pancing-putrajaya.my bermula pada 15 Februari 2024 dan berakhir pada 22 Februari 2024, jam 11.59pm.

Tapak pertandingan bermula jam 5.00 petang, 23 Februari 2024 sehingga tamat masa pertandingan jam 12.00 tengahari, 24 Februari 2024 (kaunter dibuka 24 jam).

Waktu urusan kaunter dibuka pada jam:
9.00 pagi hingga 4.00 petang (Isnin – Jumaat)
(Jumaat, 12.00 tgh – 3.00 ptg, DITUTUP)

 

Peserta perlu menyimpan semua resit pendaftaran sebagai bukti penyertaan sekiranya berlaku kesilapan dalam senarai pemenang yang dikeluarkan oleh penganjur.
PENGESAHAN PENDAFTARAN akan bermula pada jam 3:00 petang, 23 Februari 2024 (Jumaat) sehingga pertandingan tamat. Sila pastikan peserta membawa kad pengenalan semasa membuat pengesahan.

 

Yuran Penyertaan

 Yuran penyertaan ialah RM30.00 bagi setiap joran yang digunakan. Manakala peserta antarabangsa (bukan warganegara) akan dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM50.00 / joran.

Yuran penyertaan tidak akan dikembalikan jika peserta tidak hadir atau membatalkan penyertaan.
Semua peserta perlu memastikan perkara-perkara berikut diperolahi selepas pengesahan pendaftaran:

Tag joran;
Tag pancang;
Gelang peserta;
Resit pendaftaran peserta;
Kupon cabutan bertuah (bersama-sama dengan no resit); 
Salinan syarat-syarat dan peraturan boleh di scan QR Code di kaunter pengesahan;

Peserta yang kehilangan tag joran dan resit pertandingan akan dikenakan denda RM30.00 sebagai bayaran kepada pihak penganjur bagi mengeluarkan tag joran dan resit yang baru kepada peserta.

 

adiah Pertandingan
Perbadanan Putrajaya menyediakan Hadiah Wang Tunai kepada pemenang tempat Pertama hingga ke 100.
Peserta layak peserta layak memenangi lebih daripada satu (1) hadiah kecuali bagi hadiah tempat pertama hingga ketiga.
Perincian hadiah adalah seperti seperti berikut:
Tempat Pertama          :  RM7,000.00 + Hamper
Tempat Kedua             :  RM5,000.00 + Hamper
Tempat Ketiga             :  RM3,000.00 + Hamper
Tempat ke-4 - 10         :  RM   200.00
Tempat ke-11 - 20       :  RM   100.00
Tempat ke-21 - 50       :  RM     70.00
Tempat ke-51 - 100     :  RM     50.00
Nota: Pemenang tempat Pertama hingga Ketiga hendaklah bukan orang yang sama (tidak boleh orang yang sama).
There are no new feeds to view at this time.
Cookies on Trackers App | Hab Memancing & Pengembaraan Malaysia.
This site uses cookies to store your information on your computer.